minggu2 terakhir terasa sangat kepenatan dan keletihan... terutamanya bila mahu memanjat tangga untuk ke kelas... sangat berbeza kalau mahu dibandingkan semasa mengandungkan nur auni... dan zakiyuddin..
tapi aku kuatkan semangat sebab nak menunaikan tanggungjawab..memandangkan aku akan bercuti selama 3 bulan, satu jangka masa yang lama.. maka seboleh-bolehnya aku mahu melunaskan tanggung jawabku seoptimum yang mungkin... meninggalkan tugasan tertunggak yang sedikit..
di rumah, aku memang jadi tersangat penat dan lelah... nak memasak pun kurang keupayaan, kadang sterasa kesian pada auni, zaki dan suamiku..
bersyukur ke hadrat Ilahi..mengurniakan aku seorang suami yang sangat memahami.. kepenatan dan keletihan aku... tidak pernah merungut bila rumah bersepah... tidak pernah mengungkit bila aku tidak memasak... malah dia yang banyak membantu menguruskan rumah dan anak-anak. sesungguhnya aku amat bertuah, dikurniakan suami yang sangat memahami dan bertanggung jawab sepertinya...
dalam pada itu, aku masih ligat ke kuliah... meninggalkan anak2 di hujung minggu... oh sungguh kesian...
pada malam kejadian, aku seperti biasa tidur bersama zaki n auni... dan masa tidur tu, aku bermimpi... bermimpi aku sakit perut... intipati mimpi tu aku dah lupa... tapi yang aku sangat pasti, dalam mimpi tu aku rasa sakit perut ... macam nak berak... jadi disebabkan sakit yang tak seberapa, maka aku terus menikmati tidur dan meneruskan agenda mimpi ku itu... dengan lenanya.....
tiba tiba mimpi aku hilang... dan aku terjaga... wlpun mimpi dah berhenti tapi sakit perut masih ada terasa... maka aku pun bangun... bila bangun, sakit makin terasa... dan aku anggarkan dalam 10 minit sekali... aik?? cepat nya takkan dah nak bersalin... lagi 2 minggu due aku.. terasa macam tak percaya... tapi aku berjalan2 di ruang tamu rumah... berfikir samada nak tunggu sampai pagi atau terus kejutkan suami..dan ke hospital.. tp bagaimana pula dengan anak2 kami.. nak letak mana, baru jam 4 a.m...
aku rasa, baik aku tahan kan dulu sakit ni... mungkin sempat tunggu jam 7 dan hantar anak2 ke sekolah... barulah aku dan suami ke hospital... pagi2 begini nursery pun belum buka... aku kejutkan suami... aku bagitahu tentang keadaan ku... dia sudah mula risau.. tapi kataku, rasanya sempat tunggu ke pagi, hantar anak2 ke nursery...
aku ke bilik air... kononnya nak berak... sebabnya dah 2 hari tak buang air besar..kang nanti susah pulak kalau nak kena buang air besar kot hospital... tapi payah benar nak kuar berak...nak teran tak berani takut benda lain yang keluar...so, tunggu lama jugakla kat jamban tu... berselang seli dengan sakit... sekejap aku keluar erjalan2 d ruang tamu, sekejap kemudian aku masuk ke dalam bilik air... suami berwuduk dan solat... aku pun ambik kesempatan untuk solat isyak dan solat hajat sekali...
waktu itu aku sangat redha.... walau macam mana sakit pun aku harus terima... aku bertawakal padaNya... ye...sungguh indah perasaan aku waktu tu... saat tu aku baru tahu macam mana perasaan pasrah... tawakal dan hanya bergantung harap padaNya... dan saat itu, aku sedar...akan dosaku yang menggunung... kekuarangan yang sangat banyak dalam amal ibadahku..kekuarangan dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai hambaNya, sebagai isteri, sebagai anak, sebagai ibu dan juga sebagai seorang guru.... sememangnya aku berharap sangat agar kesakitan yang aku akan tanggung semasa melahirkan anak ini mampu menghapuskan dosaku yang menggunung.... jadi, aku akan redha dengan sakit yang dianugerahkan ini..namun begitu, aku katakan pada kandunganku... 'wahai anak, umi akan berjuang untuk melahirkan kau nak....sedaya upaya umi...."
No comments:
Post a Comment