Wednesday, May 2, 2012

proses melahirkan anak ketiga kami yang diberi nama Nur Aisyah- part 2

sambungan dari... proses melahirkan anak ketiga kami yang diberi nama Nur Aisyah- part 1


abe kejut auni... dua beradik tu nyenyak tidur...
 "auni,,,, auni.... bangun. Auni duduk rumah nenek adik ye.. ayah ngan umi kena g spital' umi dah nak lahirkan baby.."
lepas aje ayahnya ckp gitu, terus dia menangis... menjerit..
"umi..! umi..!" sambil datang memeluk aku.
" yer.. umi ada ni.."
" Auni sayang umi...!!!"...
tersentuh hatiku..sebak.. dan terharu sekali
Anak sebesar ini memahami bahawa aku sedang kesakitan,
berhadapan dengan perjuangan yang besar.. seandainya aku tewas dalam perjuangan ini,
aku bakal bergelar mujahidah.. syahid.. MasyaAllah...
Auni cepat matang.. dalam memahami perasaan..sedih, suka, cinta dan sayang..
malah bilamana menonton kisah sedih...dia akan menyatakan... 

"umi... nape hati auni hancur.. bila tengok cerita ni...Auni rasa nak nangis.." 
malah bila menonton kisah yang mendebarkan, dia juga akan tersorak2..
"cepat...! cepat...!!"
dan bila menonton kisah romantik... Dia akan tersenyum malu..sambil menutup mata..
itulah Kakak Auni anak sulungku yang berumur 5 tahun 1 bulan....


Berbalik kepada tajuk..
kami menyiapkan barang auni dan Zaki untuk dihantar ke pengasuh...
sebenarnya perkataan kami itu tidak sesuai kerana lebih kepada suamiku yang menyiapkan semua...
Begitu juga peralatan ku serta baby yang akan dilahirkan ini...
Aku hanya mampu berzikir... berdoa.. berjalan2.. untuk melegakan kesakitan,
sambil keluar masuk jamban..


Bila semua dah siap, kami ke nursery zaki... jam 5.40 masih gelap.
Pengurusnya belum bangun, jadi aku cadangkan ke rumah transit Auni.
Kebetulan dia sudah bangun dan sudi menumpangkan Auni dan Zaki sementara kami ke Hospital.
Sebelum keluar dari rumah, sudah ku SMS kan kepada semua adik beradikku... terutama mama yang dirindui di kampung...
Bertalu-talu panggilan dan SMS balasan dari mereka bertanyakan keadaan aku.
Malah, adik lelakiku(ke5) menawarkan diri untuk mengambil Cuti Rehat Khas...
Aku katakan, tidak perlu.. doakan aku moga semua dipermudahkan... balasku.


Begitu juga kakak ku yang ke2.. "angah" menawarkan untuk menjaga anak-anakku..
Kataku, tak apa, aku dah hantar ke pengasuh.. InsyaAllah semua ok.
pergilah kerja.. Doakan aku semoga selamat dan dipermudahkan..


Namun panggilan dari ma yang mengharukan aku... aku sangat terharu...
Pesanan, nada suaranya yang bimbang... kasih sayangnya tidak pernah pudar..
Walaupun aku jarang menghubunginya... wahai mama.. anakmu ini bermohon doa mustajabmu mama...
Doakan anakmu ini mama.... ampunilah dodaku mama....


Seusai menghantar Auni dan Zaki ke rumah pengasuh, Suamiku mencadangkan...
"sempat tak kita balik rumah dulu, solat subuh?"
"Ikut abang la... ok kot.."
"awak rasa boleh tahan lagi ke"
"Boleh insyaAllah..."
"kalau tak solat dulu, nanti takut tak sempat nak solat, dah dekat masuk waktu ni..."
"ok"


Dalam perjalanan balik ke rumah.. ku teguk air selusuh..
sambil menahan sakit, hanya zikir yang keluar dari mulutku...
Suamiku erat menggenggam jemariku..
Memberikan semangat... Alhamdulillah, aku masih mampu tersenyum...


Balik ke rumah, terus ambik wudhu dan kami menunaikan solat subuh..
Penuh pengharapan, moga anak yang lahir ini menjadi anak yang solehah...
moga aku mampu menghadapi apa jua dugaan dan kesakitan
dalam melahirkan anak ini,,,
aku malu padaNYa... aku malu untuk memohon untuk dikurangkan kesakitan ini..
ye.. aku banyak dosa,, aku banyak melakukan dosa...
selalu lupa padaNya... namun walaupun disaat kesakitan ini,
aku masih merasa Kasih SayangNYA...yang bertepi...
padaku...hambanya yang selalu lalai...
MASYAALLAH.... SUBHANALLLAH... ya Allah..
hanya satu aku minta... jangan la ada doktor lelaki yang terlibat dalam kelahiran anakku ni...
aku malu...


(bersambung)



No comments: