Wednesday, May 16, 2012

Sementara menunggu aku siap menunaikan solat subuh.. suami menyediakan kurma untuk bekalanku..
Mungkin dia masih ingat bahawa aku nyaris kehilangan tenaga untuk meneran semasa melahirkan Zakiyuddin.. ( akanku ceritakan entry lain insyaAllah)

kami bertolak ke Hospital dalam keadaan yang aman dan tenang...
maklumlah pada waktu dinihari... tanpa ada kenderaan,,, disaat roh baru pulang dari mengembara ke alam mimpi...
ketenangan yang dirasai...mengurangkan sedikit kesakitan yang kurasa hampir 5 minit sekali...
dengan berhati2 suamiku mengemudi kereta wiranya... kereta kesayangannya... hadiah dari apak.
secara percuma..kereta free beb!! sapa tak nak..

sampai di kecemasan bersalin, aku dibawa oleh staff ke tingkat lima...
sementara suami mencari parking...
sambil senyman masih dibibir... aku ucapkan terima kasih pada staff tersebut...
walaupun itu adalah kerjanya... tapi apa salahnya,,, itulah pesan doktor Zu...

aku masuk ke tempat pemeriksaan, katil penuh.. aku hanya duduk tanpa dilayan..menahan sakit
sambil meneguk air selusuh... berdoa dan berzikir...
hampir 10 minit aku duduk.... datang dokto pempuan tanya..aku dah check ke belum...
aku kata..belum... dia suruh aku baring kat katil... kebetulan tuan punya katil tadi keluar ke toilet...
katanya ,, dalam 4-5 cm... Oh... ok
dia suruh aku tunggu lagi... aku bangun dan bagtahu dia aku tak mahu baring...
aku bukak tirai...oh, penuh pulak kerusi,,,  aku hanya berdiri...sambil menahan sakit...
bila sakit, aku jalan2 dan menyebut namaNYA

suamiku masih setia di luar... misi datang....
(bersambung lagi)

No comments: